Thursday, July 21, 2011

Sikap Pemimpin UMNO

Ini video yg admin perolehi dari laman blog sahabat-sahabat yg lain. Admin cuma mahu pinta para pembaca sekalian menonton sehingga habis video di bawah ini.


Sudah habis tgk kan? Banyakkan kesimpulan yg dapat kita huraikan dari video di atas.

Inilah sikap sebenar pemimpin UMNO yg tidak mengira fahaman politik dalam apa jua situasi tidak semestinya kematian bahkan semasa sakit pun pemimpin UMNO tetap turun menziarahi pemimpin pembangkang.


Jika dilihat pada video di atas, penerimaan org-org PAS sgt baik kpd pemimpin-pemimpin UMNO ni terutamanya dari muslimat PAS. Nampak tak betapa terujanya mereka ingin bersalaman dan berlaga pipi dgn pemimpin Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (admin pun teruja gitu).

Itu membawa maksud bahawa pemimpin UMNO/negara sebenarnya disanjung oleh rakyat tetapi mungkin atas desakan pemimpin parti dan ketua keluarga mereka, maka semua kepimpinan UMNO dianggap sangat teruk oleh PAS. Persepsi ini sebenarnya mampu diubah dan UMNO/BN boleh melihat ini sebagai satu cara terbaik menarik sokongan ahli PAS kpd kerajaan.

Cuba nanti segala bentuk majlis yg dianjurkan PAS, pemimpin negara datang je sekadar singgah sebentar, bertanya khabar dan bertanyakan perjalanan majlis bagaimana dan sudikanlah hulur bantuan jika memerlukan.

Tapi ingat bukan main redah mcm Nurul Izzah buat di area Pantai Dalam tu (http://semuthitam80.blogspot.com/2011/06/papa-sibuk-politiking-agama-nurul-izzah.html) hehe. Admin yakin nanti rakyat dapat menerima secara perlahan-lahan pendekatan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Mungkin para pemimpin sekalian, boleh mulakan dgn menziarahi si mati yg asalnya adalah bukan ahli UMNO. Ini semua adalah strategi dan perancangan terbaik utk masa depan negara.

Sumber : bersih3suku.blogspot.com

Teoh Beng Hock Mati Bunuh Diri

3762135114_a0e803e32f%5B1%5D.jpg

Apa lagi yang korang nk tuntut??


KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis.

Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu.

-- BERNAMA

Tuesday, July 19, 2011

21 Pelajar IPT ditahan dlm perhimpunan BERSIH

Seramai 21 pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai lalu. Seramai 300 nama pelajar yang terlibat dalam perhimpunan haram ini telah diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Drp jumlah tu seramai 14 org adalah penuntut IPT awam, antaranya dua pelajar politeknik dan seorg mahasiswa UIAM. Tujuh lagi ditahan adalah penuntut IPT swasta termasuk seorg pelajar KUIS dan dua lagi yang menuntut di Mesir.

Manggasolex : apa ah nak jadi ngan pelajar-pelajar skang nie. Apa yg tak cukup lagi??

Larangan Berbunuh-Bunuhan Sesama Islam

Setiap rakyat yang hidup bermasyarakat berkewajipan menjaga dan memelihara segala hak orang lain seperti hak-hak nyawa, harta benda, maruah atau kehormatan diri dan akhlak. Islam adalah agama yang mementingkan keamanan dan ketenteraman dalam sesebuah masyarakat dan negara.
Dalam hal ini, Islam melarang penganutnya berbunuhan sesama sendiri atau melakukan pelbagai bentuk kezaliman dan kekejaman. Segala bentuk penindasan akan dimurkai oleh Allah SWT seterusnya mendapat balasan yang setimpal daripadaNya.

Manggasolex : heran tentang perjuangan PAS

Monday, July 18, 2011

Isu Negara Kristian,DAP Takut Kebenaran Terdedah?

Untitled1.png


DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa masih ada ahlinya yang tidak sanggup menjadi pencacai dan bersekongkol dengan kerja jahat mereka.

Akhirnya DAP telah memecah Mohd Razali,saksi yang membuat laporan Polis apabila melihat pemimpin DAP yang terlibat dikhabarkan terlalu banyak berbohong mengenai polemik isu negara Kristian yang panas tidak lama dulu.

Apa perlunya DAP takut terhadap laporan Razali kepada pihak Polis?Bukankah ia satu langkah yang tepat dan baik untuk memulihkan imej DAP yang kononnya menjadi mangsa .Adakah pemecatan Razali membuktikan penglibatan Jeff Ooi benar benar berlaku?



berita lanjut
klik sini

Hadi buat lawak

Orang tua ni blh salahkan UMNO dan media sbb sengaja putar belitkan crita bg menimbulkan kekeliruan dlm masyarakat bkn Islam dgn Islam. Blh plak dia ckp bkn PAS tunduk kpd DAP tp dierang memperbetulkan peraturan yg salah yg dibuat oleh UMNO. Yg kelakarnya dia kata UMNO takde sempadan antara hak org bkn Islam dgn hak org Islam. So dierang buatkan sempadan tu. Kata org tua ni lg hak org bkn Islam takleh diganggu walaupun hak itu diharamkan oleh Islam. Sblm ni bkn main lagi dia ckp PAS ingin membentuk negara Islam tp skang korang tgk ah org tua dh pusing matlamat dia. Dia ni dh jadi lembu yg dicocok idung dia oleh Karpal Singh tu. Sampaikan pengasas Pondok Geting, Tumpat pun ckp PAS gila kuasa. Pelik aku tgg keputusan yg dibuat oleh PAS akhir-akhir ni. Dierang ni mcm dh lari dr konsep perjuangan PAS sebenar dlm memperjuangan negara Islam. Smpkan sanggup menolak seruan pendakwah antarabangsa Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar agar umat Islam kt Malaysia ni tidak menyelesaikan permasalahan di jalanan. Pelik tp ini ah realiti kerajaan PAS.

Saturday, July 16, 2011

Pejuang Kesatria Gaban

Penyelamat Dunia

Mesti korang igt lg crita Gaban nie. Menyelamatkan dunia dengan kepoweran dia. Betapa org Jepun menyanjungi watak nie. Tapi sebenarnya nie hanya watak. Sama ah ngan Anuar Ibrahim nie. Bagi aku, dia nie sebenarnya cuba untuk menjadi hero tp sayangnya die nie berakal cartoon..

Berangan-angan untuk menyelamatkan Malaysia dr "kekejaman" BN@UMNO. Apa kejamnya UMNO nie aku pun tak tau. Dulu bukan main sanjung tp bila kena buang terus "tiaww" UMNO "kaw-kaw"..org PKR nie plak bersemangat "batu"..sokong tahap Gaban kt ANUar Ibrahim nie..

Dah minum air kaki ANUar Ibrahim agaknya..ataupun dh kena minyak guna-guna..